Beberapa orang
kenalan saya bertanya, betulkah kisah misteri yang dicatatkan dalam dua
keluaran lalu? Maksudnya, benarkah kisah-kisah misteri yang diceritakan
oleh seorang bekas warden penjara, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak
Rozi? Mereka juga bertanya, betulkah ada penjara berhantu?
Jawapannya ialah, ya, semua cerita itu
benar. Bukan rahsia juga bahawa penjara berhantu terdapat di serata
dunia. Antaranya termasuklah Penjara Pudu.Pada dinding Penjara Pudu
diceritakan terdapat sebuah lukisan potret seorang wanita. Ia dilukis
oleh seorang banduan semasa menunggu menjelangnya saat dia digantung
hingga mati.
Misterinya ialah, lukisan wajahnya itu bercahaya
di dalam gelap. Walaupun lampu di dalam bilik akhir itu tidak berfungsi
lagi namun lukisan itu tetap `menyala’ seolah-olah ia sentiasa hidup.
Dikatakan juga lukisan itu akan `menangis’ setiap kali ada banduan yang
digantung.
Seorang Pensyarah fotografi Jabatan Fotografi
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, pernah bermalam selama enam
bulan di Penjara Pudu untuk menghasilkan tesis bertajuk Pudu Jail’s
Graffity. Sewaktu menjalankan kajiannya, dia telah merakam imej aneh
satu garisan cahaya yang panjang dan melengkung di bilik gantung dia.
Aneh, kerana cahaya mustahil dapat dilengkungkan.
Adakah
ia berlaku akibat masalah atau kerosakan pada peralatan yang
digunakannya? Tidak.Selepas diperiksa,pensyarah berkenaan tidak menemui
sebarang kesilapan pada kamera atau dalam proses mencuci
gambar.Sepanjang enam bulan bermalam di Penjara Pudu juga pensyarah
berkenaan mendengar pelbagai bunyi pelik. Pernah dia berasa kepalanya
diketuk sebanyak tiga kalisewaktu menunggu masa yang sesuai untuk
merakam gambar.
Ternampak bayang-bayang aneh sudah menjadi biasa
sangat baginya. Begitu juga suara jeritan yang bergema. Pensyarah itu
turut mendengar bunyi seperti paluan beduk dan kakinya dipeluk sesuatu
ketika hendak memasuki bilik mayat. Warden-warden Penjara Pudu dikatakan
sudah lali dengan gangguan-gangguan yang berlaku, khususnya pada waktu
malam. Antaranya, kerusi di dalam pondok kawalan terbang keluar
seolah-olah dicampak oleh seseorang, walhal pada masa itu tiada siapa di
dalamnya.
Ada pula yang direnung oleh lembaga hitam,
melihat bayangan kanak-kanak berlari dan kelibat perempuan cantik
berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara. Begitulah sebahagian
daripada kisah-kisah misteri yang berlaku di Penjara Pudu. Terdapat
banyak lagi kisah-kisah seram yang dialami oleh penghuni dan pekerja
penjara tersebut, namun ruangan ini terlalu kecil untuk mencatatkan
semuanya. Untuk pengetahuan anda, Penjara Pudu dibina semasa zaman
penjajahan British pada 1891. Ia bagaimanapunditutup pada akhir 1996 dan
seterusnya dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997,
iaitu kira-kira enam bulan selepas banduan terakhir dipindahkan ke
Penjara Sungai Buloh.
JELMAAN BANDUAN
Bukan penjara Pudu sahaja, penjara berhantu juga
terdapat di seluruh. Antara yang paling terkenal adalah penjara Alcatraz
di San Francisco, Amerika Syarikat (AS). Dikenali sebagai The Rock,
Alcatrazdibina di atas sebuah pulau. Sejak menjadi Penjara Persekutuan
pada 1934 hingga penutupannya pada 21 Mac 1963, Alcatraz adalah
perhentian terakhir bagi 1,576 penjenayah kejam. Antaranya ialah Al
Capone, samseng keturunan Itali yang menguasai Chicago dengan darah dan
senjata.
Al Capone sendiri pernah mendengar bunyi misteri
gelas berlaga seolah-olah ada parti sedang berlangsung, sedangkan malam
itu penjara berkenaan gelap dan sunyi. Seorang pengawal yang bekerja
syif malam pernah mengambil gambar bilik terapi kejutan elektrik pada
waktu malam untuk ditunjukkan kepada rakannya.Apabila filem itu selesai
diproses, di dalam gambar tersebut menunjukkan ada wajah seseorang
sedang merenung ke arahnya.
Sel 14D dipercayai antara bilik kurungan yang
paling menyeramkan. Pelawat dan pekerja dilaporkan akan berasa seram
sejuk sebaik tiba di sel berkenaan. Mengapa? Diceritakan pada 1940-an
seorang banduan yang dikurung di sel tersebuttelah menjerit sepanjang
malam kerana diganggu makhluk yang mengerikandancuba membunuhnya.
Keesokan hari, pengawal menemui banduan berkenaan mati akibat dicekik.
Bagi tujuan mengesan pembunuhnya, pihak penjara
memanggil semua banduan dan membuat pengiraan. Apa yang berlaku ialah,
apabila dikira, merekamendapati bilangan banduan melebihi daripada
jumlah yang sebenarnya. Malah ada pengawal yang melihat banduan yang
mati itu di celahbanduan-banduan lain, sebelum lenyap dalam sekelip
mata.
Para pekerja penjara dan pengunjung juga mendakwa
terdengar bunyialat muzik banjo dimainkan dalam bilik air yang ketika
itu kosong. Dikatakan bunyi itu ada kaitan dengan Al Capone. Ini kerana
ketika kesihatannya semakin teruk, Al Capone sering menghabiskan masanya
bermain alat muzik tersebut di bilik air berkenaan.
Ada juga pekerja dan pelawat yang terhidu asap,
terdengar suara tangisan sertamelihatbayangan banduan atau anggota
tentera berkeliaran di tempat-tempat tertentu. Eastern State
Penitentiary di Philladelphia, Pennsylvania, AS yang dibina pada
1829,terkenal dengan cara penyeksaan tahanan yang amat kejam.Antaranya
tahanan direndam di dalam air, kemudian digantung di luar dalam keadaan
cuaca yang sejuk membeku, sehingga ais terbentuk pada kulit mereka.
Satu lagi cara ialah mengikat banduan dengan
kejabpada sebuah kerusi tajam hingga menyebabkan badan mereka dipenuhi
luka dan terpaksa dipotong. Ada juga banduan yang dimasukkan ke dalam
‘lubang’ bawah tanah yang gelap gelita, tiada cahaya, tidak ada hubungan
dengan manusia dan hanya sedikit udara.
Penjara ini telah menjadi ditukar menjadi muzium
pada 1996. Setelah mengorbankan banyak nyawa dan merakam pelbagai
penyeksaan yang menakutkan, ramai pengunjung yang mengadu ternampak
jelmaan-jelmaan dan suara yang menakutkan di penjara tersebut.
Penjara Port Arthur terletak di Pulau
Tasmania,Australia dan beroperasi pada 1830-1877. Sekarang penjara ini
dijadikan pusat pelancongan, namun kejadian-kejadian aneh sering berlaku
di sini.
Ramai pengunjung mengadu melihat jelmaan Reverend
George Eastman, pekerja di Port Arthur pada tahun 1800-an. Ada juga
yang melihat kelibat cahaya aneh, bunyi tapak kaki seseorang sertapintu
terbuka dan tertutup dengan sendiri. Paling misteri adalah penampakan
seorang gadis kecil dengan wajah mengerikan mengintip di jendela.
Penjara Moundsville, West Virginia,AS pula
beroperasi pada tahun 1876-1995. Sepanjang 119 tahun usianya, penjara
ini telah meninggalkan luka yang amat pedih. Ramai tahanan yang dihukum
gantung, maut di kerusi elektrik atau dipukuli hingga mati.
Sehingga kini dikatakan para pekerja dan
pengunjung penjara tersebut selalu diganggu oleh jelmaan-jelmaan
menakutkan, suara jeritan, raungan, tangisan serta bunyi tapak kaki di
lorong penjara, tandas dan sel.